Sunday, April 8, 2007

Berhati-hati menggunakan -current

Peminat-peminat Slackware tentunya sudah maklum behawa En Pat telah mengeluarkan hampir 215 packages terkini untuk Slackware -current, ini merupakan suatu petanda yang versi baru Slackware (mungkin 11.1) akan dikeluarkan tidak lama lagi. Dengan penuh keseronokan aku menggunakan Slapt-get untuk mendapatkan kesemua pakej-pakej tersebut. Hampir 2 minggu (lama giler) aku menggunakan berbagai mirror yang terhampir (Taiwan dan Australia) untuk memindah turun kesemua pakaej tersebut dengan menggunakan line internet yang sangat lembab. Tetapi hasilnya mendukacitakan aku, terdapat error mengatakan "GLIBC_2.4 is not found", aku pun memuat turun pakej-pakej glibc tersebut, tetapi hasilnya tetap sama. Rupanya ramai lagi menghadapi masalah yang sama jika menggunakan tool-tool seperti Slapt-get ataupun Swaret untuk memuat turun pakej dari slackware -current. Akibat error tersebut, aku tidak login kedalam akaun root dan juga sistem gagal dimountkan jika menggunakan Live CD lain untuk masuk ke dalam sistem. Dengan keadaan masa yang begitu terhad, aku mengambil jalan '"bodoh" dengan menginstal semula Slackware 11 dan terpaksa diconfigure semula Slackware box aku ini. Mujurlah Slackware box ini tidak merupakan production server menyebabkan aku rela untuk melakukan fresh install semula. Kesimpulannya, cuba elakkan menggunakan tool-tool seperti slapt-get atau swaret untuk update -current pakej, sila update secara manual menggunakan Pkgtool. Kemudian sila baca dokumentasi seperti Upgrade.txt dan Change_And_Hints.txt. Stay tune pada -stable, tidak perlu menggunakan -current untuk kegunaan server anda. Anda patut kembali kepada falsafah Slackware, Simplicity and Stability and KISS (Keep It Simple Stupid), yeahhhh!

No News No Post

Hampir sebulan aku tidak menulis apa-apa pada blog ini, terasa sunyi semacam jer. Hampir sebulan juga aku jarang online, mungkin kesempatan waktu yang singkat dan juga bebanan kerja yang memuncak pada masa sekarang. I'll back soon :)-